
Rosie Posie....blogshop anda cukup menarik.
Hope perniagaan anda makin mendapat sambutan.
Mudahan murah rezeki ye.
Bagi anda yg ingin dptkan hadiah menarik di bawah ni.
Boleh sertai giveaway ni...klik link atas tu.
Cepat...sbb hari ni last day.
JOHANNESBURG - Aksi seekor buaya besar yang membaham seekor anak kerbau di hadapan ibunya sempat dirakamkan di laluan berbasikal di hutan simpan Malamala di Johannesburg, Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej-imej dramatik itu dirakamkan oleh seorang pelancong Britain ketika sekumpulan kerbau melintasi kawasan berair tersebut baru-baru ini.
Semasa kumpulan kerbau itu berhenti untuk minum air, seekor buaya muncul secara tiba-tiba.
Malangnya, kerbau-kerbau yang pada kebiasaannya bersifat proaktif hanya membiarkan anak kerbau malang itu dibaham buaya. Selepas bergelut selama hampir dua jam, anak lembu yang kepenatan itu diseret masuk ke dalam air. - Agensi
SERDANG - Ikan keli masak gulai atau goreng merupakan masakan popular sejak dahulu lagi dan banyak dijual di restoran di negara ini.
Namun hasil teknologi terkini, produk ikan air tawar itu kini disediakan dalam bentuk snek dan dijual pada harga RM1.80 sen bagi setiap satu pek.
Itu idea pengusaha industri kecil dan sederhana, Siti Zaharah Saidin, 39, yang kini menjana keuntungan bersih kira-kira RM25,000 sebulan hasil jualan snek tersebut.
Menurut pemilik syarikat Wawa-A yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah itu, dia mula berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual serunding ikan keli, daging dan ayam di pejabat-pejabat kerajaan...kosmo
JAKARTA - Sejenis ikan tanpa mata dan katak yang membawa berudu di atas belakangnya merupakan antara spesies baru haiwan yang ditemui sekumpulan saintis di kawasan timur Papua, Indonesia.
Kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Pembangunan Montpellier, selatan Perancis, membuat penemuan itu semasa mengkaji beberapa buah gua, sungai bawah tanah di kawasan pedalaman, Pulau Papua New Guinea baru-baru ini.
"Ikan ini setakat yang kami ketahui merupakan ikan gua pertama yang ditemui di Papua," kata saintis IRD, Laurent Pouyaud.
Penyelidikan selama tujuh minggu itu yang disertai beberapa ahli biologi, pengkaji haiwan dan pakar arkeologi merupakan projek perintis bagi mengkaji kepelbagaian hidupan di rantau berkenaan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Maritim Indonesia dan Institut Sains. - AFP